Wednesday, December 22, 2010

.... ::: Doa Untuk KEKASIH ::: ...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya aswad, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Amiinn. Amin....ya Rabal alamin


:::::♥♥♥NSSY♥♥♥:::::

Right Here..Right Now..and Forever After....Only You..
♥♥♥

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia milikku, tercipta untukku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh daripada pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharakanlah aku daripada kekecewaan..

Ya Allah...
Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar sentiasa aku tenang walaupun tanpa bersama dengan..

Ya Allah...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu ..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.....
Segala yang terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat ..
Dengarkanlah rintihan daripada hambaMu
yang daif lagi hina ini..
Janganlah Engkau membiarkanku sendirian..
Di dunia mahupun di akhirat yang sentiasa menjerumuskan
aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka, kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan Engkau kurniakanlah kepadaku
keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..

No comments:

Post a Comment