Monday, November 29, 2010

~::Kisah Pelekat Sampul Surat::~

assalamualaikum!! tengah duduk2 ni saya teringat kat sorang roomate saya ni...dia sangat geli lipas tahap bapaknya!! lau tengok dia marah lipas tu..cam ta cukup tanah lipas tu lari dari di ketok oleh cik Rehan tu...bagaikan LIPAS KUDUNG lari...mg la dia lipas ek! apela aku ni..hihihi!na gelak pon ade....huhuhu..so saya pon mengexplore la pasal lipas walaupun agak geli la dengan SI LIPAS tu kan...sedang explore punya explore, mata cam tertarik je na bace artikel ' JANGAN MENJILAT GAM PELEKAT SAMPUL SURAT ' tapi ape kene-mengena dengan lipas kan....so la ni , saya nak kongsi sesuatu...tentu ramai yang ta percaya...(termasuklah saya mula-mula) tapi sebab ia macam agak info berguna , so saya pon titipkan la terutama bagi mereka yang bekerja di pejabat pos dan orang yg selalu mengepos2 barang...sila la bace...




maybe dia jilat camni kot!huhuhu!
bodycontact telah menulis “Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan
bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.

Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya. Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.


si telur LIPAS!!!


Andy Humes menulis:


“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.


“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"


wajah2 lipas yang sangat terserlah pengotornya! eeee...yak!!!


so sape yang selalu menjilat2 gam pelekat tu be aware ya..kalau boleh elakkan terusla dari jilat menjilat gam tu.....kalau na jilat jugak....na cakap cmne lagi kan , kan lebih baik kita mengelak daripada mengubati....betul ta..betul ta..?angguk cikit...huhuhu...
ups lupa la..! setem juga ya....hindari dari menjilatnya..!

setem OH setem!!

No comments:

Post a Comment